'black swan' dicekal!


Kali ini, peminat2 BLACK SWAN di Barbados harus menghadapi rasa kecewa. Ini kerana, filem thriller psikologi di dunia balet ini dilarang diputar di Barbados.

Sebuah lembaga filem di negara ini telah mengeluarkan larangan atau cekalan atas filem yang dibintangi Natalie Portman ini, kerana unsur seksual dan kekerasan yang ada di dalamnya. Namun, pecinta2 filem sudah melayangkan protes agar lembaga ini mencabut kembali keputusannya.

BLACK SWAN sendiri sebenarnya akan dirilis akhir minggu ini. Natalie Portman, bintangnya, juga akan berperang dengan nominator2 Oscar yang lain dalam meraih penghargaan sebagai Best Actress.

Selain larangan ini, BLACK SWAN juga sempat menjadi headline di berbagai media. Ini kerana, seorang lelaki asal Latvia menembak mati seorang pengunjung pawagam kerana dianggap terlalu bising ketika menonton filem ini. Pertengkaran ini muncul di Riga's Forum Cinema pada Sabtu lalu, dan Aigars Egle ditembak di akhir pemutaran filem.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts