Showing posts with label natalie portman. Show all posts
Showing posts with label natalie portman. Show all posts

natalie portman rebut best actress oscar 2011


Ramalan Heidi The Possum terbukti benar untuk kali pertama. Nama aktres yang sedang berbadan dua, Natalie Portman, disebut sebagai peraih piala Oscar untuk kategori Best Actress! Congrats.

Nama Natalie sudah sangat dijaguhkan dari sederet nominator yang lain, iaitu Michelle Williams, Nicole Kidman, Jennifer Lawrence, dan Annette Benning. Wataknya yang memukau dalam BLACK SWAN akhirnya membuktikan pamornya tahun ini dengan 'gong' sebuah piala Oscar setelah berbagai penghargaan lain untuk filem yang sama sebelum Academy Awards diadakan.

Dalam Golden Globe 2011 lalu, Natalie yang datang dengan memamerkan perutnya yang membuncit berjaya merebut piala yang semakin menguatkannya sebagai calon penerima Oscar untuk kategori Best Actress. Berbagai penghargaan lain, seperti BAFTA Awards, Independent Spirit Awards, dan Screen Actor Guild Awards pun menuntun jalan Natalie menuju piala Oscar yang berprestij.

Yang unik, dalam Academy Oscar kali ini, nampaknya Natalie harus 'berdiri sendiri' sebagai pemenang dari BLACK SWAN, kerana tak satu pun nominasi lain filem ini berjaya membuahkan piala Oscar.

2011 : red carpet arrivals










'black swan' dicekal!


Kali ini, peminat2 BLACK SWAN di Barbados harus menghadapi rasa kecewa. Ini kerana, filem thriller psikologi di dunia balet ini dilarang diputar di Barbados.

Sebuah lembaga filem di negara ini telah mengeluarkan larangan atau cekalan atas filem yang dibintangi Natalie Portman ini, kerana unsur seksual dan kekerasan yang ada di dalamnya. Namun, pecinta2 filem sudah melayangkan protes agar lembaga ini mencabut kembali keputusannya.

BLACK SWAN sendiri sebenarnya akan dirilis akhir minggu ini. Natalie Portman, bintangnya, juga akan berperang dengan nominator2 Oscar yang lain dalam meraih penghargaan sebagai Best Actress.

Selain larangan ini, BLACK SWAN juga sempat menjadi headline di berbagai media. Ini kerana, seorang lelaki asal Latvia menembak mati seorang pengunjung pawagam kerana dianggap terlalu bising ketika menonton filem ini. Pertengkaran ini muncul di Riga's Forum Cinema pada Sabtu lalu, dan Aigars Egle ditembak di akhir pemutaran filem.

Popular Posts