Walau tak dapat melempar gurauan 'sinis' seperti Ricky Gervais dalam Golden Globe 2011, namun Anne Hathaway dan James Franco ada cara mereka sendiri untuk menghibur hadirin2 anugerah Oscar 2011, iaitu dengan bertukar pakaian!
Franco, yang tak lagi aneh melakonkan seorang gay dan semacamnya, muncul di atas pentas Academy Awards 2011 mengenakan gaun pink menyala dan wig dengan gaya Marylin Monroe. Sebaliknya, Anne Hathaway menjalankan tugasnya sebagai hos dengan mengenakan sebuah tuksedo!
Dengan penampilan ini, Anne juga mengerjakan Hugh Jackman, yang dituduh Anne meninggalkannya sendiri untuk menyanyikan On My Own.
Jackman duduk di barisan depan dalam anugerah yang diadakan di Kodak Theater ini, dan sebelum ini pernah menjadi hos Oscar di tahun 2009 lalu. Anne dan James dijadualkan akan berganti pakaian sampai lima kali selama acara berlangsung.
0 comments:
Post a Comment