rossa terjatuh selepas tampil di ulang tahun tvone


Nasib kurang beruntung menimpa penyanyi Rossa. Selepas show di acara Ultah TVOne yang diadakan di JCC, Khamis malam, Rossa terjatuh saat akan turun dari pentas. Awal mula kejadian saat janda dari Yoyo Padi itu selesai menyanyikan lagu Ku Menunggu.

Selesai menyanyi, Rossa yang berniat turun pentas, dengan menuruni anak tangga nampaknya tidak melihat jalan yang dilaluinya. Tiba-tiba saja, gubrak! Rossa terjatuh dan membuat penonton2 kaget.

Penonton2 yang memang kebanyakan tamu-tamu dari kalangan ahli politik itu memang dapat melihat dengan jelas jatuhnya Rossa. Rossa dilihat ditolong kru televisyen. Nampak, raut wajah Rossa yang dilihat kesakitan.

Seharusnya, sampai menjelang akhir acara, Rossa masih memiliki jadual menyanyi satu lagu lagi berjudul. Bayangan Ilusi yang pernah dipopularkan Anggun C Sasmi. Rossa yang meninggalkan acara dengan bantuan pengurusnya enggan untuk diwawancara.

Rossa memang akan menjadi salah satu pengisi acara konsert A Masterpieces Of Erwin Gutawa di JCC Senayan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts