Solusi SHUTDOWN Sangat Lama

rasanya hampir 2 hari saya tak update blog ini, insyaAllah hari ni saya akan tunjukkan sedikit trik ringkas berkenaan ‘SHUTDOWN’..

Adakah anda menghadapi masalah proses ’shutdown’ komputer terlalu lama? Mungkin selama ini anda sering menghadapi masalah speed ’shutdown’,tiap kali nak ’shutdown’ komputer,anda terpaksa tunggu terlalu lama..Jika anda menghadapi masalah tersebut atau ingin melajukan lagi proses ’shutdown’ komputer anda,ikuti langkah berikut.

Ada 4 step kesemuanya,sila ikut satu persatu.

STEP 1 :
01 – Start > run > regedit > klik OK
02 – klik HKEY_CURRENT_USER > Control Panel > Desktop
03 – pilih ‘WaitToKillAppTimeout’
04 – klik kanan mouse dan pilih ‘Modify’
05 – Tukarkan value ke ‘1000′ dan klik OK



STEP 2 :
01 – Ulang Step di atas (langkah 01 hingga 02)
02 – pilih ‘HungAppTimeout’
03 – klik kanan mouse dan pilih ‘Modify’
04 – Tukarkan value ke ‘1000′ dan klik OK



STEP 3 :
01 – Start > run > regedit > klik OK
02 – klik HKEY_USERS > .DEFAULT > Control Panel > Desktop
03 – pilih ‘WaitToKillAppTimeout’
04 – klik kanan mouse dan pilih ‘Modify’
05 – Tukarkan value ke ‘1000′ dan klik OK



STEP 4 :
01 – Start > run > regedit > klik OK
02 – klik HKEY_LOCAL_MACHINE > System > CurrentControlSet > Control
03 – pilih ‘WaitToKillServiceTimeout’
04 – klik kanan mouse dan pilih ‘Modify’
05 – Tukarkan value ke ‘1000′ dan klik OK




Selesai!!..bagi anda yang masih baru dengan ‘regedit’ mungkin anda rasa sangat sukar untuk melakukannya,tapi lama-kelamaan anda akan biasa dengan ‘regedit’. dan kebanyakan trik-trik pc yang telah saya tunjukkan ataupun yang akan datang akan menggunakan ‘regedit’!!..jadi jangan takut untuk mencuba!!..try and error adalah perkara biasa dalam komputer.

Hampir kesemua trik pc yang telah saya tunjukkan adalah untuk Windows XP,insyaAllah saya akan cuba tunjukkan pula trik untuk Windows Vista di masa akan datang,kerana saya juga masih baru dengan Windows Vista dan masih banyak lagi yang perlu saya belajar mengenainya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts